Perjalanan sejauh 480 km menigkut Highway PLUS. Sampai kaw Alor Setar , hampir terkejut....Alor Setar telah di naik taraf ke status Bandaraya, semua kawasan pesat membangun banyak bangunan tumbuh bagai cendawan.
Tiba dirumah dengan suprise .... kepada emak & ayah. Sepetang di kampung pada sabtu itu dihidangkan dengan goreng pisang panas serta air Teh Boh dari Genting Highland.
Kehadiran disambut oleh adik syikin dengan senyuman dan terus bersalaman dengan Ayah dan Emak serta Tok yang masih sihat walaupun usia menjangkau 90 tahun.
Edz,Ina,Kak Lela,Amar,Amni & Amani - balik kampung bercuti.
Lepak kat belakang umah kait buah kelapa,buah cermai. Pas tu kat depan amik buah mangga ngan ayah. Best oooo.
Malam pula pegi pasar malam kat Simpang Kuala beli barang-barang ngan Ina , Adik Syikin & Amar.
Dalam pukul 9 pusing-pusing sekitar Alor Setar & Kuala Kedah.
Ahad 11 March pegi Majlis Kenduri Yus kat Yan.
Isnin 12 March pergi Majlis Kenduri anak Pak Tih kat Air Hitam, semasa balik ayah ajak lalu di kawasan Jitra .......... fuhhh kawasan Jitra pesat membangun. Sempat singgah sebentar di hadapan Rumah Arwah Tok Wan. Ambil gambar sebagai kenangan.Pusing- pusing dan singgah ke Kompleks Al - Bukhary Alor Setar - pegi Giant.
Malamnya pula balik ke KL pukul 12.00 tengah malam menaiki Bas 2 tingkat ngan Ina.... Happy sangat :-) .Ekpress Bas Jelita. Sampai di Pudu Raya pukul 4.45 pg Selasa.
- Edz
http://zikarikishi.fotopages.com





No comments:
Post a Comment